DI HUSM, KUBANG KERIAN

October 13, 2009

image415740258.jpgAri ni ambik cuti sehari … Hantar Ki ke HUSM Kubang Kerian.. periksa mata. Bertolak tadi pukul 7.20 am selepas hantar Ilah dan Arif ke sekolah… Fakri ‘ambil off’ dan ikut sama. Sampai kat HUSM kira-kira 8.10 am. Hai orang ramai betul … bergeriok. Adik kata orang-orang nie semmo dok tido ko, pagi-pagi penoh doh kat parking. Sistem sinni paka ambik nombor… pah ambik nombor, ambik nombor. Pah juppo pakar, ambik nombor pulok. Masuk bilik..barang kali karang ambik nombor pulok nok masok bilik se lagi.. ;-)

Mobile Blogging from here.

KONVOKESYEN FAIZ

August 12, 2009

image491053888.jpgSemalam Faiz telah telah terima Diploma dari Multi Media College. Majlis telah diadakan di Multi Media University, Cyberjaya. Keadaan amat meriah dengan lebih 400 graduan bersama keluarga masing-masing memenuhi dewan … Hai … Faiz terima dua jambangan bunga… ;-)

SELAMAT HARI LAHIR ADIK…

August 10, 2009

image181370942.jpgTige ari bulang lapang adalah hari lahir Fakri. Kali ni kali ke-12. Semoga sihat2 sokmo, rajin2 belajar…Sori adik.. Buya terlewat blog.. Kakak Nadia kate bukan terlewat..tapi dok ingat alias terlupa..

Mobile Blogging from here.

TIOMAN

July 28, 2009

image863357298.jpgFirst time sampai kat Pulau Tioman… Menginap kat Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort .. Gambar menunjukkan antara chalet/penginapan yang disediakan…

Mobile Blogging from here.

SEKKUK KERAH

July 19, 2009

image2140894027.jpgDulu-dulu tahun awal 60an kita panggil sekkuk kerah. Lening dia bukuh mollek dalam plastik …dia panggil roti jari. Orang jamang dulu makan sekkuk ni dengan air kawe (kopi O). Cara cicah adalah macam guna straw utk isap air dalam botol. Sebelum tu sekkuk tu digigit dikedua-dua hujung untuk memudahkan air kawe meresap masuk bila disedut. Bila air dah masuk maka sekkuk pun jadi lembek dan bolehlah dimakan…begitulah cara makan sekkuk kerah jamang dulu..

Mobile Blogging from here.

RESTORAN SRI MAMAK

July 10, 2009

image592479297.jpgMalam ni makan kat Restoran Sri Mamak di Padang Baloh, Gong Kepas. Restoran ni baru dibuka. Nampaknya resepi banyak juga. Yang pastinya Roti Chanai dan yang sewaktu dengannya ada … sesuai dengan nama restoran. Sup … macam- macam jenis … ekor, belut, tulang, lidah dan kambing. Kita order macam biasa jer lah .. Adik, Arif dan Ilah minta nasi goreng manakala Umi dan Buya minta Kuey Tiau Lakna.. Cuba…kalau sedap boleh datang lagi…

Mobile Blogging from here.

PARI BAKAR DITEBING SUNGAI PAKA

July 6, 2009

image811230910.jpgHari ni makan tengah hari di Warung Selera Benteng di tebing Sungai Paka. Hidangannya simple aja… nasi putih, pari bakar dan sayur rebung buluh. Makan tiga orang…ketiga-tiga abis licing..enak dan murah ..

Mobile Blogging from here.

APIK MASUK UiTM

June 27, 2009

image422098648.jpgHari ni Shafiq daftar masuk di UiTM Dungun. Bertolak tadi dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.45 pg. Sampai kat UiTM pukul 9.00 pg. Masa tu orang dah ramai. Pendaftarannya amat ‘efficient’ … tak sampai 10 minit dah dapat masuk asrama. Gambar menunjukkan Asrama Tenggol B dimana Apik tinggal, iaitu di tingkat 2.

Mobile Blogging from here.

DELL MINI 9 KENE KROBEK

June 24, 2009

image958062743.jpgDua ari lepas Solid State Disk (64GB SSD) untuk Dell Mini sampai dari Hong Kong. Oda ari tu melalui eBay ..dua hari jer dah sampai melalui FedEx… hai efficient betul. Jadi petang tadi lepas balik kerja, komputer comel tu pun kena krobek. Lepas tu install Vista dan Mac OSX… dual boot.. ;-) Bila test tadi nampak semuanya OK … smooth jer, maklumlah guna SSD.

Mobile Blogging from here.

CUTE LITTLE NETBOOK

June 11, 2009

image1098930927.jpgPerbandingan antara netbook Dell Mini 9 dan Macbook Pro 15″. Netbook tu bila run Mac OSX dikenali sebagai “Hackintosh”… ;-)

Mobile Blogging from here.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.